PENUTUPAN SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR SUNGAI LINGGI. Water disruption.



PEMBERITAHUAN.

PENUTUPAN SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR SUNGAI LINGGI.

Water disruption at Sungai Linggi water treatment plant. 

30 NOVEMBER 2016

Kepada Pelanggan-pelanggan SAINS yang dihormati,

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) memohon maaf berikutan penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Port Dickson dan Seremban akibat pencemaran bau yang berulang daripada sumber air mentah di Sungai Linggi.

Berikutan dari pencemaran bau berkenaan SAINS mengambil langkah segera menutup operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.

Akibat dari penutupan LRA Sungai Linggi ini maka beberapa kawasan seperti yang tertera di bawah akan mengalami gangguan bekalan air bagi tempoh 24 jam.

Sebahagian kawasan Port Dickson iaitu:

Dari Escort Estet, Kg. Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Kawasan Tmn. Sirusa Jaya Bt. 6, Jln. Pantai, Seluruh Kawasan Bt. 5 Jln.  Pantai, Kem-Kem Askar Bt. 5 Jln. Pantai, Kem-Kem Askar Bt. 4 Jln. Pantai, Kg. Baru Sirusa, Jln.  Sua Betong, Tmn. Desa Pd, Kg. Barisan, Kawasan Air Kuning Sehingga Kawasan Tampin Linggi.

Dari Kawasan Bt. 4, Jln. Pantai, Kawasan Kg. Bgn. Pinang, Tmn. PD Utama, Tmn. Raja Zainal, Tmn.  Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jln. Shell Refinery, Happy Garden, Kawasan Bt. 1, Jln. Pantai Sehingga Seluruh Kawasan Pekan Pd. Dari Pekan Pd, Jln. Lama, Kg. Chokra, Tmn. Muhibah, Tmn. Puteri, Kg. Arab, Tmn. Pd Akasia, Kg. Air Meleleh, Kg. Gelam, Tmn. Pd Tropika, Tmn. Sri Mawar, Jln. Bypass, Kawasan Kg. Paya, Tanjung Gemok, Tmn. Kiara, Tmn. Sri Intan, Tmn.Ria, Tmn. Negeri Lama & Baru,Tmn. Pantai Mas, Kg. Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar, Tmn. Sentosa Lama & Baru, Tmn. Pd Jaya, Tmn. Naga, Tmn. Indah Baru, Tmn. Bandar Baru, Tmn. Indah Wang, Tmn. Aman, Tmn. Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Tmn. Desaru, Kawasan Sri Parit, Tmn. Indah Jaya, Perindustrian Lukut Indah, Tmn. Wawasan, Tmn. Jaya, Tmn. Tun Sambathan, Seluruh Kawasan Pekan Lukut  Sehingga Kawasan Srping Hill. Turut Terlibat, Kawasan Bt. 6 Jln. S’ Ban, Bt. 7, Jln. S’ Ban Sehingga Kawasan Simpang Siliau.

Dari Simpang Bukit Palong:- Perindustrian Bukit Palong, Tmn.  Lukut Makmur, Tmn D’ Pinggiran Kota, Tmn. D’ Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong,  Kebun Jimah, Jimah Lama, Kg. Cina Site C Tanah Merah, Tmn. Jimah Jaya,  Tanah Merah Site C. Turut Terlibat Seluruh Kawasan Bukit Pelandok Dan Seluruh Kawasan Chuah.

Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-Kem Bt. 5,  Jln. Pantai, Selesa Beach Resort, Tanjung Tuan Resort,  Bayu Beach Resort, Kem-Kem Bt. 4, Jln. Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah SDASA, Esso Refinery, Shell Refinery (Line 1 & Line 2), Pusat Cuci Buah Pinggang Bt. 1 Jln. Pantai, Seluruh Kawasan PD Waterfront dan Seluruh Pekan PD.TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama),  Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, Seluruh Kawasan Pekan Lukut Sehingga Seluruh Kawasan Spring Hill, Kualiti Alam &  Loji Jimah Power.

Sebahagian kawasan Seremban iaitu:

Tmn. Pinggiran Senawang, Kg. Ulu Rantau, Sekolah Dato’ Abdul Razak, RTM, Tmn. Permata, Ladang Batu 11, Ladang Kombok, Tmn. Ulu Lalang, Kg. Solok, Kg. Ribu, Kg. Sega Ulu, Kg. Sega Hilir, Jln. Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kg. Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kg. Belangkan, Industri Nilam Ribu, Tmn. Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kg. Takau, Kg. Pening, Kg. Kancong, Tmn. Rantau, Jln. Air Kuning, Tmn. Permata, Kg. Siliau Hulu, Kg. Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kg. Sg. Sendayan, Nusari Bayu

SAINS memohon maaf atas kesulitan ini. Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat sehingga pencemaran bau dapat di atasi dan SAINS akan terus memberikan maklumat terkini melalui laman rasmi SAINS www.sainswater.com.

Para pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut dan terkini boleh menghubungi kami ditalian bebas tol 1-800-88-6982.

Sumber: www.sainswater.com

Comments

Popular Posts