Rumah Terbuka (Open house) Aidilfitri YABMBNS@Rantau 2017.

Rumah Terbuka (Open house) Aidilfitri MB N. Sembilan Di Rantau Pada 1 Julai 2017.

7月1日星期六。

SEREMBAN, 23 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan akan mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, dekat sini pada 1 Julai ini.

Beliau berkata majlis rumah terbuka itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang.

"Saya seisi keluarga menjemput semua warga negeri ini supaya datang beramai-ramai pada hari tersebut. Semoga dengan kehadiran semua akan menyerikan lagi majlis kami ini," katanya di sini hari ini.

Katanya perkhidmatan bas dan van percuma akan disedia di sekitar pekan Rantau untuk ke rumah beliau pada hari terbuka itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga anggota Parlimen Rembau akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Gadong, Rembau pada 8 Julai mulai pukul 10 pagi.



Comments

Popular Posts