Sebuah program Kembara Sihat 1 Malaysia Peringkat Negeri Sembilan yang melibatkan kakitangan bahagian Kesihatan Pergigian NS telah memberi senyuman kepada penghuni di Rumah Kebajikan Vinashini yang berlangsung pada 25 Mac 2017 yang lalu.
|
Program yang dirasmikan oleh Dr Zainudin Bin Mohd Ali ini bertujuan untuk memberi rawatan percuma dan pemeriksaan gigi kepada semua penghuni di rumah kebajikan tersebut. |
|
Dr Zainudin Bin Mohd Ali dengan kerjasama semua staf, jururawat, doktor dan sukarelawan menjayakan progam Kembara Sihat 1 Malaysia Peringkat Negeri Sembilan. |
|
Program Kembara Sihat 1 Malaysia Peringkat Negeri Sembilan tengah berlangsung. |
|
Pengesyoran dari Dr Zainudin Bin Mohd Ali dan semua pihak yang terlibat terhadap seorang penghuni yang sedang menerima rawatan pergigian. |
|
Bak pepatah orang Inggeris "If Muhamad cannot come to the Mountain, the Mountain will come to Muhamad' maksudnya seumpama mereka tidak dapat pergi kepada kita, maka kita akan pergi kepada mereka. Inilah kasih sayang dan tanggungjawab yang diberikan oleh semua kakitangan dan staf Klinik kesihatan pergigian Negeri Sembilan kepada golongan yang memerlukan pertolongan. |
|
Encik Suresh dan jururawat sedang meneliti dan merekod kad rawatan pesakit. |
|
Yang tidak mampu naik keatas kerusi rawatan maka mereka akan terus mendapat rawatan segera semasa di kerusi roda. |
Pelbagai karenah terhadap rawatan pergigian yang sempat saya rakam.
|
Ada yang resah dan memerlukan Encik Suresh untuk menenangkan mereka semasa menerima rawatan pergigian tetapi ada pula yang.... |
|
Ada pula yang tersenyum dan rilek semasa rawatan yang diberikan oleh doktor dan staf yang berkaliber. |
|
Dan ada pula yang cuba memberi sokongan moral yang kental dimana adik ini yang bernama Chai Seng Wang sering berulang-alik berkali-kali ke rakannya yang sedang menerima rawatan. |
|
"Hai nama saya Chai Seng Wang dan ini rakan saya Deviloga dan kami berdua sudah pun mendapat rawatan pergigian percuma dari semua kakak-kakak yang sungguh mesra, cantik dan menawan" |
|
Tugas jururawat dan doktor bukan sahaja sekadar memberi rawatan malah kena juga proaktif dan berinteraksi mesra dengan semua penghuni dan saya sempat merakam foto yang spontan dan cukup sporting dimana jururawat ini sedang memberi 'Hi-Five' dan semangat kepada Chai. Saya tabik kamu semua, Keep up the good work guys! |
|
Antara Doktor-doktor gigi sukarelawan yang datang membantu. Thank You Doc. |
Dan diluar pula pelbagai aktiviti yang menarik telah pun berlangsung.
|
Hiburan muzik dari Live band. |
|
Sesi nyanyian bersama dan demonstrasi cara menggosok gigi yang betul dan mudah diingat kepada semua penghuni. |
|
Kanak-kanak sedang leka bermain belon helium dan buaian. |
|
Semangat bahagian Kesihatan Pergigian NS. |
|
Sebuah patung Buddha yang menghadap posisi kearah utara bertujuan untuk memberkati semua. |
|
Para sukarelawan bergotong royong membersihkan kawasan disekitar rumah kebajikan tersebut. |
|
Ucapan ribuan Terima Kasih kepada semua kakitangan-kakitangan bahagian Kesihatan Pergigian NS yang sudi datang untuk memberi bantuan, hiburan dan rawatan pergigian percuma kepada semua penghuni di Rumah Kebajikan Vinashini. |
|
Antara penderma yang tiba bagi menghulur bantuan keperluan asas harian seperti minyak masak, mee segera, beras dan lain-lain lagi. |
|
Daripada kami semua di Rumah Vinashini.
"Terima Kasih Daun Keladi, Kalau sudi datang laie" |
Sila klik Like di FB Vinashini:
https://www.facebook.com/vinashinihome/
Comments
Post a Comment