Nostalgia Ramadhan@Klana Resort Seremban.

Terkenal dengan masakan tradisional Negeri Sembilan terutamanya makanan kampung Klana Resort Seremban pada tahun ini akan mempamerkan 15 kiosk atau stesen makanan kepada tetamunya dengan kepelbagaian kulinari yang amat menarik dan istimewa sempena promosi bufet Nostalgia Ramadhan 2017 yang akan bermula pada 27 Mei sehingga 24 Jun.

"Masakan kuning adalah wajib, santan pekat cili api, nasi Arab, nasi Dagang dan macam-macam lagi" pengesyoran daripada chef Abdul Razak dan beliau juga berkata ia sudah menjadi suatu tradisi bagi semua pelanggan tetapnya untuk berbuka puasa di Klana Resort pada setiap tahun.

Sebanyak 183 jenis juadah dan masakan akan disediakan setiap hari sempena berlangsungnya promosi bufet Nostalgia Ramadhan 2017 dan mereka mempunyai 8 jenis menu untuk dirotasikan agar menu yang sama tidak akan berulang. Misalnya menu pada Ahad ini pasti akan berlainan dengan menu pada Ahad minggu hadapan.

Pelbagai jenis masakan tradisional Nogori Sembilan masak lomak cipi api dihidangkan secara bufet seperti Nasi hujan panas, Gulai telur itik dengan belimbing, Masak lemak perut dengan rebung, Udang harimau lemak tempoyak, Rendang betik muda, Ikan sembilang goreng berlada dan macam macam lagi.


'Maklum balas yang kami terima; ramai yang berkata ruang tamu makan di Selera coffee house terlalu sempit jadi tahun ini kami akan berpindah ke Klana grand ballroom untuk keselesaan semua para tetamu' pesanan ringkas daripada pengurus besar Klana Resort Seremban.


Klana grand ballroom ini mampu menampung kira-kira 1,000 orang pada satu masa jesteru menawarkan suasana yang kondusif dan ruang yang selesa kepada semua tetamu untuk berbuka puasa bersama.   


  Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik Live band yang akan mendendangkan lagu-lagu Nostalgia yang seiring dengan tema bufet Nostalgia Ramadhan.


Menurut Chef Razak  "Tahun ini kami menjangkakan para tetamu bakal mencecah seramai 24,000 pelanggan disepanjang bulan Ramadhan dan tugas untuk menyediakan makanan bagi menampung permintaan sebegini besar adalah amat mencabar" 
Walaupun mencabar tetapi chef Razak bersama-sama rakan setugasnya telah menganggapnya sebagai suatu tradisi dengan memberikan yang terbaik kepada pelanggan hotel yang telah memberi sokongan selama ini.


'Permintaan yang tinggi maka kami menghidangkan sehingga 7-8 ekor kambing golek setiap hari" kata chef Abdul Razak.


Buah kurma, donut, kek dan kuih tradisi Apam Johol menjadi tarikan utama kepada semua tetamu di hotel Klana Resort Seremban.

Kepada yang gemarkan Ikan bakar jangan lupa untuk mencuba resepi hasil ciptaan chef ² Klana resort hotel.   

Masakan kampung oghang Nismilan lazimnya pekat dengan santan dan cili api.

 Stesen Satay yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai juga akan menghidangkan Satay udang yang segar dan harum. Manakala satay ayam dan daging kami dapatkan dari Kajang dan akan dibakar terus kepada para tetamu.  

Pelbagai kombinasi ikan bakar menanti anda di bulan Ramadhan 2017 dengan sebanyak 15 stesen makanan disediakan termasuk stesen khas Satay Ikan, udang & goreng-goreng pasti membuka selera anda.


Tarikan utama  makanan orang Nismilan yang gemar makanan pedas dan cara masakan kampung. 

Stesen Apam Balik sentiasa bersiap sedia unutk menghidangkan anda dengan kepingan Apam Balik yang panas dan rangup. 

Yay... Dessert!

Pelbagai juadah pencuci mulut seperti kek, donut, kuih-muih menanti anda di Nostalgia Ramadhan 2017 di Klana Resort Seremban.

Tunggu apo laie baucer untuk bulan Mei adalah terhad.
 Siapo copek dio dapek. 

Tawaran Early Bird Ramadhan 2017 kini dibuka sehingga hujung bulan Mei menawarkan baucer pada harga promosi RM60 seorang dewasa & RM30 untuk kanak² dan warga emas. Baucer tersebut boleh ditebus disepanjang bulan Ramadhan. (Harga normal adalah RM75)


Untuk pertanyaan & tempahan, sila hubungi:
For enquiries & reservations, please contact:

Klana Resort Seremban
PT4388,Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban
70100 Seremban
Negeri Sembilan.
Tel : 06-7667888 ext 3222/3181.
Sila Klik 'Like' pada FB page mereka and please click 'Like' on their FB page.
https://www.facebook.com/KR.Sban/?fref=ts
https://www.klana-resort.com.my/

Comments

Popular Posts