Rekod dunia tercipta bersama P17@Gunung Angsi World record triumph.

Seramai 4370 sukarelawan berjaya mencipta rekod dunia dengan membuat rantaian manusia bergenggam tangan terpanjang di dunia (Longest Chain of People Clasping Wrists) di puncak Gunung Angsi pada 19 Ogos 2017, suatu pencapaian yang luar biasa dan amat mengagumkan.

Acara yang bersejarah ini bermula dengan para sukarelawan berkumpul di Bukit Putus, Seremban seawal 6.30 pagi untuk persiapan dan taklimat oleh pihak penganjur dan lagu 'Negaraku' turut dinyanyikan oleh semua perserta Ekspedisi Menuju Puncak Gunung Angsi.

Tahukah anda sebanyak 440 Jalur Gemilang telah berjaya dikibarkan di puncak Gunung Angsi? 

Idea untuk mencipta rekod dunia ini tercetus sejak tahun 90-an dan akhirnya direalisasikan pada hari yang cukup bersejarah ini.  

Sebelum 'Flag Off' para peserta dibahagikan kepada pecahan group yang diketuai oleh 2 orang Marshal dengan tugasan bagi memastikan semua ahil didalam kumpulannya mampu berkerjasama dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Proses ini turut menjamin aliran program berjalan dengan lancar dan efisien.  

Flag Off bermula tepat pada pukul 10 pagi dan kumpulan pertama yang bernama P1 dilepaskan untuk memulakan sesi pendakian. Dan kumpulan demi kumpulan mengikut turutan nombor dilepaskan dalam jangka masa antara 2 minit agar tidak berlakunya kesesakan di puncak nanti.

Dan foto ini memaparkan giliran P17 untuk berentap!    

P17 Menuju Puncak!

Sebelum tu, Moh kita berkenalan dengan dua orang Marshal P17 kita.

Marshal berpakaian baju berwarna merah, Zuraida disebelah kiri dan Jismi belah kanan. 

Buat kami, mereka berdua ini cukup berpengalaman, profesional, berdedikasi, banyak bersabar dan juga tersangat sporting! Untungnya semua member² P17.


Maka dengan ini bermulanya sebuah kisah pengembaraan untuk mencipta rekod dunia oleh team P17 di bawah bimbingan Zuraida dan Jismi.

Group foto P17 semasa kami sedang 'Take 5'  

Gambar sumbangan ahli P17 yang memaparkan pelbagai episod dan karenah yang kami lalui sepanjang acara tersebut.





Kali pertama ternampak logo Mekdi yang mengatakan restoran tersebut cuma berada di 500 meter dihadapan.
Dan tidak lama kemudian ternampak pulak Pizza dan Kopi terkemuka bakal menanti maka saya pun terpusu-pusu dan mengejar tetapi akhirnya saya sedar bahawa saya telah terkena Game.











Walaupun penat berhiking tetapi senyuman jelas ternampak di wajah kami apabila 'Hai Sayang' tertiba muncul.




























Semangat Nogori.
Jejaka² Nogori idaman ramai (Bermula dari kanan)
1)    Dia memiliki struktur badan yang paling fit dan tegap dengan lengan otot bicep yang cukup kental dan solid, amat sesuai untuk membantu member membawa beg yang berat atau sebagai 'porter' untuk mengangkut peti sejuk ke restoran Mekdi di atas puncak gunung. 
2)    Disebelah dia pula pandai buat lawak sehinggakan kami sering tidak kering gusi.
3)    Dihujung belah kiri yang buat ‘Double peace’ sign tu pun sama pandai berhumor, setiap 5 minit dia akan melaung “Semua pegang tangan!” membuatkan saya berulang kali terkena game.
4)    Standing at the back, tag 5731,brader ini sentiasa rilek dan tersenyum saja dan sekiranya kami ketandusan idea, dia akan merokok dan tertiba muncul dengan idea yang berlunas dengan ilham yang cukup berinspirasi tetapi apabila rokok terpadam maka pun terpadam lah dia. Sorry ye just joking.


Dan kini tibanya masa untuk berpegang tangan.
























Dan pada jam 15.11 rekod dunia tercipta di ketinggian 2,560 kaki/ 780meter@puncak Gunung Angsi.


Rakaman video semasa kami meraikan pencapaian dengan membuat 'Wave' di puncak Gunung Angsi.







Pelbagai perasaan dan pengalaman yang kami kecapi sepanjang acara tersebut dan ini adalah antara komen-komen sumbangan member P17.

"Perasaan naik gunung angsi semalam happy, excited pun ada sebab masuk Guinness World Record..yang paling penting team P17 memang awesome, happening dan bekerjasama..
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila hiking bersama rakan-rakan baru.. cuma berkenalan semasa pendaftaran dan semasa hiking...

Kekurangan tu dari segi pengurusan yang tidak follow masa seperti jadual.. sepatutnya semasa dah sampai check point masing-masing boleh pegang tangan dan pengurusan sepatutnya dah start kira dari P1 hingga ke kaki gunung.. ini menunggu untuk pegang tangan pun dah ambil masa.. nak mula kira dari atas ke bawah pun sama.. macam 'miscommunication' dekat situ.. Bila dah pegang tangan yang tidak sampai 2 3 minit tu, lepas tu bersurai.. ingatkan ada video record dari P1 hingga P terakhir.. one thing, kalau Marshall team kita P17 tidak suruh turun, mungkin kita semua masih berada di atas seperti team di bawah.. apa-apa pun memang BEST pengalaman yang tidak dapat dilupakan, hiking beramai-ramai.." ❤❤❤

-affafiza-


"Perasaan saya berhiking dengan grup P17 memang rasa happy n excited. Saya dah lama tak daki gunung. Selalu naik bukit jer. Tapi bila dapat peluang macam ni membuatkan saya rasa teruja dan berlatih untuk fitkan badan. Pengalaman bersama sahabat2 hikers sangat happening walaupun baru kenal tetapi semuanya frenly n mesra alam.. marshal yang sporting dan memberi info yang diperlukan apabila diaju soalan. Cuma pengurusan aturcara yang tidak menepati masa serta setiap marshal tidak diberikan walkie talkie menyebabkan communication breakdown dan menyulitkan keadaan. Tempoh menunggu untuk membuat rantaian terlalu lama menyebabkan para pendaki menjadi penat.

Disaat untuk turun, para pendaki yang sudah berkumpul di kaki gunung ditahan sehingga menyebabkan ramai peserta yang mencari alternatif lain untuk turun. Ini menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan akibat turun dijalan yang tidak sepatutnya. Para pendaki yang sudah mula kepenatan dan tidak tahan untuk ke tandas semakin kurang kesabaran apabila ditahan oleh pihak penganjur di kaki gunung untuk laluan bas yang lalu di hadapan laluan masuk dan keluar kaki gunung. Para penganjur perlu peka dengan keadaan para pendaki yang kepenatan dan perlu dipasang beberapa camera untuk mengetahui keadaan di dalam hutan.
Pendapat saya jika penganjur tahu keadaan para pendaki semasa turun di kaki bukit yang berpusu2 untuk turun, mungkin boleh mengurangkan bilangan peserta yang cedera dan menamatkan program tersebut dengan lebih awal"

-Razliza Ramli-



Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua member² dan Marshal P17 kerana sudi menerima saya dengan ikatan persahabatan yang erat dan kepada pihak penganjur Ekspedisi Menuju Puncak memberikan sebuah pengalaman yang sebegitu unik buat kami.
Dan tidak lupa memohon maaf jika ada terlanjur perkataan dan jangan simpan di dalam hati yo.

Sekian Mekasih.

Kredit: Foto, video dan komen oleh semua member² P17, affafiza dan Razliza Ramli.




Comments

Post a Comment

Popular Posts