Sepatah dua kata dari Chef Jo sebelum cabaran bermula 'Kriteria cabaran Raja Kuah Knorr adalah dari segi kebersihan,
citarasa dan persembahan, wishing all the best to the contestants and let the challenge
begin!’
Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 telah
berlangsung pada 28 Julai yang lalu di Pasaraya NSK Seremban 2 dibawakan
khas oleh Unilever Food Solutions Malaysia (UFS)
Cabaran tersebut telah menyaksikan
pelbagai episod para peserta berentap bagi merebut gelaran Raja Kuah Knorr untuk
tahun 2018.
Jom kita berkenalan dengan para
perserta, panel juri, penaja dan penganjur.
Let’s meet the contestants, panel of
jury, sponsors and the organizer.
Peserta pertama kita.
Fazerina Ibrahim berumur 34 berasal dari Ipoh, Perak kini menetap di Selangor dan bekerja di Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Lebih dikenali dengan Rina memang suka memasak dan juga merupakan peserta yang paling aktif. Saksikanlah foto dibawah semasa Rina tengah berentap.
|
Chef Johari Edrus lebih dikenali dengan nama Chef Papa Jo (Hos MasterChef Malaysia) membuat lawatan dan memberi tips kepada Rina. |
|
Non stop cooking by Rina. |
|
Chef Jo tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto untuk dijadikan rujukan. |
|
Yang gemarkan masakan Ketam pasti air liuh meleleh ni. |
|
Rina melipat simpul pada daun pucuk ubi untuk dimasak dengan Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. |
|
Daging yang di salai menggunakan arang. |
|
Sambil memasak sempat juga berhumor. |
|
Chef Jo juga berkata 'Rasa sekali saja dah memang puas dan segi persembahan Rina amat menarik, teratur dan kreatif. Dia menggunakan bahan asli sebagai perhiasaan masakan'
|
Peserta kedua.
Ali Zainuddin Adnan dari Chemor, Perak berumur 39 tahun terlibat dengan bisnes katering enterprise megambil keputusan untuk bertanding dengan harapan untuk memajukan bisnesnya.
|
'Yang paling penting ialah tekstur kuahnya memang cukup berperisa, favorite saya dan rasanya memang ok dan sedap' ujar Chef Jo semasa 'food tasting' bersama Ali.
|
|
Idea yang cukup kreatif dengan menggunakan bekal antik untuk dipersembahkan kepada panel juri nanti. |
Peserta ketiga.
Aini Suraya Zaini berumur 26 tahun berasal dari Perak bekerja sebagai seorang Quantity Surveyor yang kini menetap di Ampang, Kuala Lumpur merupakan veteran kepada cabaran Raja kuah dengan penyertaan kali kedua.
|
Aini the ever jovial cook. |
|
Cooking the masak lemak cili api is never easy as one need to have deep concentration. |
|
'Saya teramat yakin dengan susun atur dan cara pemasakan Aini, kesemuanya dirancang dengan baik dan cukup teratur tetapi saya hanya risau pasal rasa masakannya dan jangan lupa membubuh pati Knorr secukup rasa ye' pesan Chef Jo kepada Aini. |
|
Aini meletakkan Fettucine ke dalam kuah ramuan Knorr. |
|
Keyakinan diri adalah amat penting dan ciri tersebut jelas terbayang di wajah Aini. |
|
Adding to the final touches. |
|
Chef Hadzrin mengenali Aini dari cabaran Raja kuah tahun yang lepas berkata 'Tidak perlu risau pasal Aini sebab dia sudah kira veteran semuanya terancang dan terkawal, biarlah dia enjoy' |
Peserta seterusnya.
Nor Sarah Sukri, 33 tahun yang berkecimpung dalam bisnes katering selama 7 tahun berasal dari Kuala Klawang, Jelebu Negeri Sembilan.
|
The lovely host contributing to the lively atmosphere. |
|
'Dalca Kambing, dagingnya cukup empuk dan lembut serta kuahnya tidak terlalu masin memang perfect buat saya' komen Chef Jo lalu mengambil gambar untuk dikongsi di media sosial. |
|
Chef Hadzrin berkata 'Kuah dalca cukup pekat dan potongan saiz daging kambing amat sempurna dan sebati dengan kuahnya sekali' |
|
Dalam suasana yang cukup tension sempat juga Sarah berjenaka seketika dengan Chef Jo.
|
Peserta terakhir.
Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35, berasal dari Besut, Terengganu.
Siti mempunyai kerjayanya sendiri iaitu terlibat dengan
Insuran Takaful full time dan part time pula membuat bisnes katering bagi menjana
pendapatan sampingan.
|
'Kelazatan ayam kicap memang kena dengan saya dan teramat kagum dengan kepedasan masak lemak berapi ni' kata Chef Jo. |
|
'Pedas berapi sampai tak boleh buka mulut' komen Chef Jo kepada Siti. |
|
Selepas memberi komen-komen semangat kepada Siti Chef Jo tidak melepaskan peluang mengambil gambar masakan Siti yang bernama 'Ayam Masak Kicap Cara Saya' |
|
Chef Hadzrin Mohd Din dari Unilever Food Solutions (UFS)
UFS lazimnya target pasaran orang cina dan kini menembusi pasaran
orang melayu terutamanya warung nasi campur yang biasanya menggunakan pati kiub
yang kecil.
Kita menawarkan pek yang lebih besar dan ekonomi untuk memajukan
perniagaan mereka terutamanya terhadap pengusaha kedai dan katering bisnes.
|
|
‘Saya sungguh nervous sepanjang cabaran sehinggakan kaki saya mengalami
kekejangan dan apatah lagi apabila Chef Jo dari MasterChef Malaysia tampil ke hadapan untuk merasa masakan saya’ kata Siti.
|
5 more minutes to go!
|
Masa cuma tinggal 5 minit saja! |
|
Aini merupakan peserta yang 'Think out of the box' dia sorok kesemua prop hiasan di bawah meja jelas terbukti ia membantu menjimatkan masa dan sempat menyiapkan kesemua perhiasan di dalam masa 60 saat je!
Aini is a typical example of a smart cook she is not only well organised but cunning and while others were busy transferring the props from their stations to the tables Aini brilliantly hid all the props under the table and it really saved a lot of precious time. She got everything set up in less than 60 seconds! |
Nak tahu betapa laju mereka berlari? ⇩⇩⇩ Zup dah hilang!
|
Siti bergegas membawa sajian keatas meja untuk dipersembahkan kepada ahli juri dan masa cuma tinggal kurang daripada 3 minit. |
Stop, masa sudah tamat!
|
'The time 00.00 and all hands up in the air!' bellowed Chef papa Jo.
|
And here are the contestants with their 3 dishes ready to be presented to the panel of judges.
Starting form the left is the first contestant Siti Nor Yuwana Zulkifli.
|
Ayam Masak Kicap Cara Saya. |
|
Masak Lemak Daging Salai Berapi. |
|
Kari Ayam Warisan Bonda. |
The second contestant Nor Sarah Sukri from Jelebu, Negeri Sembilan.
|
Ayam Kicap Shitake Gadis Jolobu. |
|
Dalca Kambing Seri Menanti. |
|
Ikan Sembilang Salai Masak Lomak Belimbing Buluh. |
The 3rd contestant Aini Suraya Zaini.
|
Fettucine Masak Lemak Bersama Hirisan Ayam Goreng. |
|
Ikan Siakap Goreng Kunyit Bersama Hirisan Mangga Muda dan Bunga Kantan Masak Kicap Warisan Ibunda. |
|
Kari Kambing Masak Cinta Hati. |
Meet the 4th contestant Ali Zainuddin Adnan from Chemor, Perak.
|
Kari Ketam Telur Masin Knorr. |
|
Gulai Lemak Ayam Bersama Cendawan Kukur Knorr. |
And the final 5th contestant Fazerina Ibrahim
|
Ketam Berkari, Menjilat Jari! |
|
Daging Masak Hitam Menawan Hatiku Tertawan! |
|
Simpul Kasih Daging Salai Masak Lemak Cili Padi! |
All
the food looks great but most importantly is the taste and it’s time to dig in.
|
Kesemua sajian nampak best je tapi yang pentingnya kena cukup rasa meh jemput untuk food tasting. |
|
Setiap peserta dinilai dari segi kebersihan, citarasa dan persembahan.
The contestants are judged by cleanliness, taste and presentation.
|
|
Puan Rosmalinda Kamarudin (Editor Majalah SAJI) sebelah kiri bertudung warna kuning
Kali pertama dijemput sebagai ahli juri pula berkata ‘Ingin mengalakkan
generasi baru untuk tampil berdepan dengan cabaran dalam bidang memasak dan berharap
pada masa yang akan datang ada pelapis-pelapis yang baru dapat dicungkil’
|
|
Ramai yang tertarik dengan mutu persembahan yang disampaikan oleh para peserta. When the presentation is good it will automatically draw the crowd. |
|
Panel juri profesional dari kiri Chef Hadzrin Mohd Din (Unilever Food Solutions) Chef Johari Edrus lebih dikenali dengan nama Chef Papa Jo (Hos MasterChef Malaysia) dan Puan Rosmalinda Kamarudin (Editor Majalah SAJI)
|
‘Cabaran Raja Kuah Knoor ini merupakan batu loncatan untuk peserta
meningkatkan kualiti dan taraf perniagaan serta mempromosi kedai untuk menjadi lebih
famous’ kata Chef Hadzrin Mohd Din (Unilever Food Solutions)
|
Para hadirin sedang menunggu keputusan para juri dan siapa akan dinobatkan sebagai Juara Cabaran Raja Kuah 2018. |
|
Hadiah-hadiah konsolasi dan plet Juara apron Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 yang dinanti-nantikan.
|
|
Wakil pihak penganjur Ms Angeline Ho Pengurus Pemasaran UFS bersama pihak penaja Mr Lim Chin Lai selaku Pengurus Pasaraya NSK Trade City Seremban 2 menandatangani plet penghargaan.
Pengurus Pasaraya NSK Mr Lim Chin Lai mengucapkan ribuan Terima Kasih
kepada pihak UFS kerana memilih NSK Seremban 2 sebagai tapak pertandingan sama
sekali mewujudkan situasi ‘win-win’ bagi semua pihak yang terlibat.
‘Kami di NSK sentiasa mengalu-galukan aktiviti sebegini dan
berharap ia dapat menarik lebih lagi organisasi untuk bertapak di NSK serta
yang paling best sekali tawaran kami adalah percuma’ (tertakluk kepada terma
dan syarat)
Angeline juga terkagum dengan pihak pengurusan NSK yang efisien dan
lokasi premis yang cukup strategik dimana ia mampu menarik ramai pengunjung bagi memberi sambutan yang sungguh positif.
|
|
Yang tinggal Top 3 sahaja diminta untuk berdiri (kiri) Sarah, Ali dan Siti.
The last 3 left standing. |
|
Tempat ketiga jatuh kepada En Ali Zainuddin Adnan menerima wang tunai dan hadiah bernilai RM6,000.00 serta hamper esklusif.
|
|
Saat-saat yang cukup mendebarkan pengumuman siapa akan menjadi Juara.
|
|
And the winner is Siti Nor Yuwana Zulkifli!!! |
|
Impian menjadi Realiti! |
|
Siti menandatangani plet Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 bersama Ms Angeline Ho. |
|
Naib Juara pula milik Fazerina Ibrahim yang membawa pulang wang dan hadiah yang bernilai RM10,000 serta hamper esklusif.
Menurut Ms Angeline ‘Ini merupakan kali ke tiga UFS menganjurkan cabaran Raja kuah dan
setiap tahun menghadapi cabaran yang baru dan tahun depan syarat baru akan diperkenalkan dimana
para perserta wajib terdiri daripada pengendali makanan (food operator) sahaja. Dengan cabaran yang baru maka hadiahnya juga akan lebih
lumayan dan menarik’
|
|
Angeline juga bersetuju dengan ulasan Chef Hadzrin 'Sebelum dan selepas cabaran ini sememangnya berbeza contohnya peserta yang lepas kini berjaya mendapat tawaran untuk mengembangkan katering bisnesnya di England'
|
|
"Kami semua pemenang tiada pengalah" |
|
Juara Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 Siti Nor Yuwana Zulkifli membawa pulang wang dan hadiah yang bernilai RM40,000.00 pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000, wang tunai RM15,000 serta hamper esklusif. |
Buat kali pertama menyertai pertandingan memasak dan terus berjaya
dinobatkan sebagai juara memang tidak disangka oleh Siti.
Resipi kejayaan ini milik arwah ibunya dan diolahkan sedikit dengan
tambahan bahan Knorr Chicken Stock dan Knorr Pasti Sedap seasoning yang banyak
membantu menghasilkan kuah yang diingini.
Dan nasihat Siti kepada peserta pada masa yang akan datang ‘Menang
kalah tu takpe yang pentingnya mesti cuba dan buat yang terbaik serta banyak
berdoa’
|
Kata penutup dari Chef Hadzrin‘Cabaran Raja Kuah Knoor ini merupakan batu loncatan untuk peserta
meningkatkan kualiti dan taraf perniagaan serta mempromosi kedai untuk menjadi lebih
famous’
Kata penutup dari Chef Papa Jo ‘Kesemua peserta hebat belaka, amat sukar untuk memilih siapa
dinobatkan juara 2018. Tugasan merasa bukannya senang, seorang tu buat 3 masakan dan 5
peserta jadi kita kena sample 15 jenis masakan dah macam cocktail dalam perut
kita’
Kata penutup dari Ms Angeline Ho 'Objektif utama UFS adalah untuk mempromosikan masakan orang Melayu
bukan sahaja di tanahair tetapi di seluruh pelusuk dunia. Fokus kami terhadap gerai-gerai melayu yang menjual
nasi campur dimana 70% menggunakan kuah dan kami menawarkan pelbagai pek besar pati
stok yang akan membantu mereka menyediakan masakan yang lebih enak dan
berkualiti'
|
|
Terima Kasih Daun Keladi Tahun Dopan Jumpo laie. |
|
Foto ini diambil secara spontan ketika kesemua peserta tengah berentap mungkinkah ini suatu petanda Siti bakal muncul juara. Walaubagaimanapun ini semuanya ditakdir Tuhan dan Tahniah diucapkan kepada Siti alias Yue Na.
Sekian Mekasih.
|
Comments
Post a Comment