NOTIS PENUTUPAN BEKALAN AIR SEMENTARA.

            


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA
Kepada Pelanggan-pelanggan SAINS yang dihormati,
MAKLUMAT PENUTUPAN SEMENTARA BEKALAN AIR BERJADUAL DI SEBAHAGIAN KAWASAN TAMPIN BERIKUTAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL PADA 14 FEBRUARI 2017
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) ingin memaklumkan kepada semua pelanggan kami bahawa SAINS akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air yang dijangka akan mengakibatkan gangguan bagi beberapa kawasan di Tampin seperti yang dinyatakan di bawah. Maklumat penutupan adalah seperti berikut:
Tarikh :           14 Februari 2017 (Selasa)
 Masa :            8.00 pagi (14 Februari 2017) – 8.00 pagi (15 Februari 2017)

Maklumat kerja
Kawasan terlibat
Langkah Kontigensi
Lokasi: 
Loji Rawatan Air Gemas Baru, Tampin
Jenis kerja:
Kerja-kerja penyelenggaraan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad
Kem Sirajudin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Tmn. Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning / Parit Buluh, Tmn. Semarak, Tmn. Sri Air Kuning, Tmn. Air Kuning, Kg. Baru Air Kuning, Air Kuning Selatan / Kg. Mantai, Jalan Gemas, Jalan Mahkamah, Tmn. Molek, Rumah Rakyat Gemas, Tmn. Desa Permai Gemas, Tmn. Gemas Jaya, Tmn. Sahabat, Tmn. Sentosa, Tmn. Gemas Setia, Tmn. Desa Bakti, Rumah Murah Gemas, Tmn. Damai Gemas, Kg. Sri Gemas, Tmn. Armani, Jalan Tok Sulong, Kg. Melayu Bukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Tmn. Gemas Indah, KTM Gemas, Tmn. Sungai Gemas, Kg. Ladang Gemas, Kg. Bangkahulu, Kg. Ulu Ladang, Kg. Londah, Tmn. Halacara Baru, Tmn. Pasir Besar, Kg. Pasir Besar, Kilang Getah Pasir Besar 
·  Penghantaran lori tangki
·  Penempatan tangki statik
Akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan)
Lokasi: 
Loji Rawatan Air Gemencheh, Tampin
Jenis kerja:
Kerja-kerja penyelenggaraan elektrikal dan mekanikal
Kg. Anak Air Durian Daun, Kg. Pondoi, Kg. Keru, Kg. Ulu Yuh, Tmn. Repah Baru, Tmn. Desa Permai, Tmn. Gunung Mas, Kg. Repah, Rumah Rakyat Repah, Hospital Repah, Pusat Komersil Repah, Industri Kecil Repah, Kg. Baru Tampin, Tmn. Bahagia Tampin, Kg. Tampin Tengah, Tmn. Tampin, Kg. Dusun Tampin, Jln. Gemas, Tmn. Bukit Tampin, Tmn. Sri Belian, Tmn. Woon, Tmn. Sri Intan, Kuarters IPD Polis, Jalan Seremban, Kg. Chenderam / Kg. Kolam Air, Tmn. Rasa Sayang, Tmn. Ametis, Tampin Jaya, Tmn. Suria, Tmn. Bunga Raya, Tmn. Regent, Tmn. Gemencheh Baru, Tmn. Bukit Gemencheh, Tmn. Batang Melaka, Pekan Batang Melaka
Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Walaubagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.
Untuk makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami ditalian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut.





Sumber: http://sainswater.com/index.php/ms-MY/notis-penutupan-berjadual/industri

Comments

Popular Posts