Maklumat Trafik & Lalulintas Sempena Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban.
#Info: Maklumat Trafik Dan Lalulintas Sempena Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban.
Hebahan kepada media massa mengenai penutupan beberapa jalan utama di sekitar Bandar Seremban sempena Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban Negeri Sembilan yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Utama, Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 30/11/2017
Pada 30 November 2017 akan diadakan Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban Negeri Sembilan yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Utama, Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.
Oleh itu laluan di Jalan Seremban menghala Kuala Pilah dijangka akan mengalami sedikit kesesakan khususnya di lokasi perasmian iaitu di Persimpangan Lampu Isyarat Ampangan/UTC.
Namun untuk kelancaran pergerakan lalulintas di kawasan tersebut, polis trafik akan ditempatkan di beberapa persimpangan lampu isyarat utama bagi membantu kelancaran pergerakan kenderaan yang menggunakan laluan itu untuk ke lokasi majlis ataupun kedua-dua arah Seremban / Kuala Pilah.
Antara persimpangan lampu isyarat utama yang terlibat adalah Persimpangan Jalan Lingkaran Tengah / Dusun Nyior, Persimpangan Jalan Dato Siamang Gagap, Persimpangan Ampangan / Jalan Pantai, Persimpangan Ampangan / UTC, Persimpangan Jalan Gedong Lalang, Persimpangan SIGC, Persimpangan Paroi – Senawang (Pusat Dakwah) serta Persimpangan Stadium Paroi.
Para pengguna jalanraya dari arah Seremban-Kuala Pilah boleh memilih laluan alternatif dari Jalan Pantai melalui Lebuhraya Lekas dan seterusnya memasuki Jalan Tok Dagang untuk menghala ke arah Kuala Pilah bagi mengelakkan kesesakan di lokasi perasmian tersebut. Bagi pengguna yang datang dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban boleh menggunakan laluan alternatif dengan memasuki Jalan Persiaran Senawang 1 atau Jalan Senawang-Paroi (Pusat Dakwah) menghala ke Persiaran Forest Height 1 dan Jalan Kampung Sentosa bagi kenderaan ringan untuk menuju ke arah Pusat Bandar.
Kemudahan shuttle bus akan disediakan untuk kemudahan pengunjung yang hadir ke majlis tersebut dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.
Terdapat (15) buah memudahkan shuttle bus akan disediakan di beberapa tempat letak kenderaan awam seperti :
Aeon Big Rahang (Parkir Kereta & Bas)
Pusat Perniagaan Gateway Centrepoint termasuk di bahagian kiri dan kanan jalan sepanjang Jalan Sungai Dato Siamang Gagap (Parkir Kereta)
Stadium Paroi.
Kompleks Belia dan Sukan.
Bagi mengelakkan kesesakan, pengunjung yang membawa kenderaan sendiri tidak dibenarkan meletak kenderaan dalam jarak (100) meter di sepanjang laluan Seremban – Kuala Pilah berhampiran lokasi perasmian.
Sempena perasmian yang akan diadakan juga, pihak PDRM khususnya dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menawarkan pengurangan kadar kompaun istimewa ke atas beberapa kategori saman pada hari yang sama dari 08.00 pagi sehingga 04.00 petang. Antara kategori saman yang tiada tawaran pada hari tersebut adalah:
Saman NC (non-compound summon)
Saman Sekyen 48 APJ 1987 (halangan lalulintas)
Saman yang dikeluarkan semasa Op Selamat 11 bermula 18/06/2017 sehingga 02/07/2017
Pengunjung yang ingin hadir ke majlis perasmian tersebut dinasihatkan untuk merancang pergerakan dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi keselesaan dan kelancaran majlis serta juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas dan arahan papan tanda sementara yang dipasang sempena majlis perasmian tersebut.
Untuk makluman dan tindakan.
Sumber: WhatsApp group.
Comments
Post a Comment