Bakal Dibuka 15 Jun, Ini Waktu Operasi Baru UTC Seluruh Malaysia




Bakal Dibuka 15 Jun, Ini Waktu Operasi Baru UTC Seluruh Malaysia

YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”.

Pengumuman itu turut menyentuh tentang penyeragaman operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Terbaru, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan mengumumkan untuk melanjutkan dan menyeragamkan waktu operasi UTC di seluruh negara yang bakal dibuka pada 15 Jun 2020.

Semua UTC akan dibuka pada pukul 8 pagi hingga 9 malam di semenanjung pada hari bekerja.

UTC di Sarawak, Sabah dan Labuan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja. Hujung minggu turut dibuka namun hanya sehingga 5 petang.

UTC akan beroperasi setiap hari kecuali pada cuti umum Persekutuan atau Negeri. Tiada waktu rehat bagi UTC kecuali pada hari Jumaat bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Berikut waktu baru operasi UTC seluruh Malaysia bagi tahun 2020

■ All the UTC outlets to resume operation on 15th June nationwide. Attached photo of it's new operation hours.

全国UTC 6月15日起恢复运作
大马半岛UTC,平日工作时间为早上8时至晚上9时;周末早上8时至下午5时






Comments

Popular Posts