Fist bump frontliners

#PKPP #COVID-19

ARTIKEL PILIHAN: PAHIT MANIS 84 HARI BERHUJAN BERPANAS, TERIMA KASIH BARISAN HADAPAN SJR!

Gombak, 10 Jun 2020 - Tepat jam 12 tengah malam tadi barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia mengakhiri segala cabaran pahit manis selama 84 hari melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

SJR mula diaktifkan pada 18 Mac lalu sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan kemudiannya  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Kini, tanggungjawab perjuangan memutuskan rantaian COVID-19 beralih sepenuhnya ke atas bahu rakyat jelata yang sudah diberikan kebebasan untuk bergerak seperti normal semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini hingga 31 Ogos 2020.

Suasana di Tol Gombak mencatatkan seribu rasa apabila tepat jam 12.00 tengah malam tadi, khemah-khemah yang didirikan di berhampiran tol mula ditanggalkan manakala Unit Peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang datang dengan kenderaan pacuan empat roda mengutip kon kon sekatan jalan raya.

Anggota polis dan tentera yang bertugas sempat menunjukkan simbol “fist bump” tanda berakhirnya penugasan.

Pengguna lebuh raya juga sempat membunyikan hon ke arah pasukan hadapan keselamatan dan menunjukkan tanda bagus malah ada yang bersorak memberikan tabik hormat sambil melaungkan “You guys our hero forever in saving our lives sepanjang PKP”.

Bacaan penuh seperti di pautan berikut, https://malaysiagazette.com/2020/06/10/pahit-manis-84-hari-berhujan-berpanas-terima-kasih-barisan-hadapan-sjr/

Sumber: Malaysia Gazette

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


Comments

Popular Posts